sweetheart

this is perfumes that she always use. i miss this perfumes..
sayang ~~ sweetheart

Wednesday, September 28, 2011

my story :)

hurm, tak tau nak crita ape, act mmg byk cite untuk dcrita an tp...
hurmm,mengundang kesabaran pd ku, huh !
maybe aku nak share something dr 1 lagu yg aku dgr nie ! hah !
tajuk nye WANITA , dinyanyikan oleh kumpulan nsyid dehearty..

ade satu part lagu tu aku suke sgt :
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan istimewa

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa.

setiap lrik ni amat bemakna untuk aku berubah,
aku sayang some1 nie tapi aku tak bole buat ape2
sbb aku pn tk tau die syg aku ke tak.
tapi if ade jodoh aku dgn die,adela if xde pn ak redha jer
niat aku mnyayangi seseorg hawa mmg ikhlas.
tp lps putus dgn some1 yg aku amt sayang,
pintu hatiku tertutup untuk menyayangi kaum hawa,
adakah nie hukuman yg aku dpt darimu ya tuhan?
jika ini yg engkau mahukan,hamba redha ya ALLAH..
jika betul die tulang rusukku,satukan lah kami,
jika tidak,aku mendoakan ksejahteraan die .
harap die memahami diriku ini.

sekian terima kasih,
abdul mujib bin ahmat

Saturday, September 24, 2011

tHis is mE

HAH.. nak tau tak tadikn saya pi mbmb bersame keluarga yg tercinta. hehe hurm na tgk x pic yg kami ambil bersama ? 1st gambar ibu ayah dulue.. hik3
2nd baru gambar saya and my family...hehehhe ..
3rd 
this is my watch..nce n so beautiful ..
ok.thats all frenzz.
thx for read ya..
salam.. fantasia - sweetheartt
gonna miss that...

Friday, September 23, 2011

As Usually :)

assalamualaikkum sahabat.. hari ni aku tak tau nak buat ape...hehe bangun je dari  tido ku terus bukk lappy then
taip bnda nie.. adoyai,mlm nie ade open house,wohooo...hahaha.. da lme tak mkan banyak .hehehe..hmm , aku tak tau nak tulis ape nie ,haha..pape pn selamat pagi cintaku ,

Thursday, September 22, 2011

Sweet Dreamzzzzz

huh, mlm td aku mimpi an nur syahirah bte jalal. dlm mimpi tu die kol aku .hh,,aku merindui saat itu bsame die..
aku hrap die dpt trima aku kembali even die pnh ckp yg ade org tlah lme mnunggu die.huhu aku mgkn redha dgn org tu. sejak kblakangan nie,aku merindui die sgt2. juz feel wanna kol era. juz wanna hear her voice. i miss her so much.. huhu . eyra pengalaman lps mngajar kite untk jd lebih baik. harap awk dpt trima sy blik. sy sunyi. huhuhu.. im goona wait u sayangg~~ :-*

began my life ~

hai kawan2.hurm lamenye tak update blog nie,even aku ade lppy pn still mls na update..hatoyai,hehehe..
ha,banyak bnda aku na cite tp ntah la,mcm egt2 lupe jer..hik3 hmmmmm,even aku da clsh but i still have a feeling towrd someone.aku tau aku tak layak tok diee.tapi aku nak die tau yg aku syg die lg,walaupn aku mlakukan kslahn yg xkn die dpt lpekn. walau pn aku terluka dgn skap die as a human aku boleh memaafkn die. wlpn perit sgt tuk trimanya..huhuhuhu. tapi aku cuba kuatkn smgt tok hdapi nye..yeeee~ :) ha,ni nk cite skit gosip,
waktu kelas business,miss yg mngajar aku time uh namenye miz farahana.org nye mmg lawa n.muke tak pakai make up pn da cantik,die mmg baik..time uh die suruh wat slogan tok sesebuah syarikat.then kump ak pn wat la,xprasan lak die de at blkang ak,pehh,malu gile ko.hahaha..pas ade ke die suruh saya presnt slogan sy tu..tapi nasib baik sy wt2 skit perut,lalu terlps laa sye..hhaha..miss bgang je dgn sya..ha3.. tapi mmg best giler time blajar td..hihihi...pastukan kami semua dpt ustazah baru yg sporting gile..bez sgt blaja dgn die..rse mcm happpy jer.xpnh rase mngantuk sbb ustazah tu suk senyum .enyuman die mnarik sgt..hehehhe... ha,banyak lg cite ag .tapi tggu la dlu.pnt n,baru je smpi umah dari kolej..hehhee..k thx 4 follow me.hehhe

Saturday, September 17, 2011

16/09/2011

hushhh,arini banyak menduga keimanan n kesabaran.setiap kali pi je umah open house,org akn tanya "mane eyra?" "eyra sehat?" adoyai,berat sggh nak jwb prtnyaan nie..hanya mampu tersenyum n berdiam diri..hanya yg mengetahui sahaja yg mngerti prasaan ku mase itu. nothing can change. huh, too heavy for me. aku hanya mampu berdoa agar tuhan dpt mnguatkan iman n kesabaran terhdap dgaan yg mndtg. insyALLAH aku akn dpt mnghadapinya dgn tenang. kehidupan mse single amat berbeza dgn khidupan mse couple. huh,now,i m understand why islam banned couple. bak kata someone "percintaan selepas kahwin lebih indah daripada sebelu kahwin" . nikmat percintaan selepas kahwin lg best. tapi bile aku tanya pendapat mmber2 yg bole dpercayai,mereka ckp zaman da brubah.,mane ade org sggp trima pinangn org lain or trima pilihan ibu bapa.! if ade pun tak banyak yg boleh nuat cmni kn. now,aku mncari hidayah agar aku dpt mnuju jalan yg benar. ya ALLAH,bantulah hamba mu ini agar mendapat kehidupan yg aman dan damai dibawah rahmatmu ku memohon kepadamu. mengapa aku takut nak kejut kwn2 aku subuh yer? padahal aku kawan dorg, aku sntiase nak roomate aku smua smbhyang jemaah dgn aku. tapi bila kejut,sorg pn xbgn.huhuhu..sedihnya aku. takpe lah,mybe tuhan nak uji aku kn kwn2.aku akn cuba smpi berjaya.doa kan ye~ ngee :-) hurm,tadi an aku bkak la fb ak sementar,aku diuji lg,seorg shabat bertnyakn hal ini "uit,eyra sehat?" adoyai,hanya mmpu tersnyum n diam jer. seorang rakan ku berkata bhawa die ade terbaca arikel yg mengatakan "manusia takkan mlakukan ksalahan yg sama berulang ulang kali"tapi ini bergntung pda niat seseorg itu.sahabat itu kate,nabi yg berkata sbgini.wallahualam. aku ingin berubah, aku nak berjaya bersama agama n kawan2 ku. kepada arshad,amirul(chemk),fakhrul,sofwan,saufi,feng,mus,muhsin,acap,alif,ma n rakan2 lain.aku arap kite berjaya dunia n akhirat yer.. semoga kite drahmati..tak lupa pd yg pnah mnyayangi diri ini ,harap kamu semua di rahmati oleh ALLAH .amin. hamba ingin memohon maaf kepada kalian semua.  sesungguhnya CINTA YANG AGUNG IALAH CINTA KEPADA ALLAH. terima kasih kerana membaca,.
 <3

Thursday, September 15, 2011

new LiFE

salam.. artikel ni saya amek dr i luv islam.nampak menarik untuk tatapan muslimah.semoga kite mendapat manfaat darinya.
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.